Sikap LELAKI Yg Tidak Disukai Perempuan

 
1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho'
tapi kalau nak meninggikan suara sekadar
menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara
kelemahan lelaki kerana mereka mudah
meninggikan suara walaupun pasangannya tidak
bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar.
Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk
setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar
tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata
keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan
seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar.
Walaupun

sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli.
Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci
mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik
abang!
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol.
Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak
berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar
ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah
tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu.
Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya
aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih
mereka... macammana tu?
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan
merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki
memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya
lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk
mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan
si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai
kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah
memimpin kaum wanita. Tidak salah
mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada
tempatnya.
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu
ataupun memberikan alasan yang tak munasabah.
Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan
yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat
dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan
melaksanakan janji mereka sendiri.
Ada juga yang
sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-
teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita
lebih menghormati mereka yang memiliki sifat
berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-
dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua
gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya
jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan
menarik dan mempunyai wajah yang hensem.
Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki
idaman para wanita. Tapi, mungkin pada
pandangan seorang wanita mereka ini sederhana
sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih.
Bukan semua wanita memandang pada paras
rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada
wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...
hahaha sedarlah!

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri
sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah
dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa
mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga
suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang
hendak mementingkan perasaan kekasih... egolah
katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita
ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan
kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa
jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan
dengan dirinya sendiri, pantas pula
melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita,
alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian.
Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan
minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah
sekadar pasangannya mengambil tahu akan
dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita
itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau
cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja
cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya
lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya
terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus
diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya
kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka
apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-
olah teman lelakinya amat menghargai dirinya.
Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak
layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau
pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah
nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan
yang adakalanya tidak logik diterima dek akal
fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita
sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang
mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa
macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu
komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat
memberi banyak alasan kerja apabila diajak
keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita
tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja
yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki
mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah
membahagikan masa bersama teman wanita.
Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa
menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan
kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami
kalau teman lelakinya pandai membahagikan
masa...

13. PANAS BARAN

Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia
terhadap seseorang gadis apabila mendapat
kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit,
mahu dihambur segala kemarahannya.
Ada juga
kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap
menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking
boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan
tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau
nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan
dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah
bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan
kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana
setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-
pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal
sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan
wanita. Asyik berasap
sana sini, naik lemas
dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari
adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan
duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga,
ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak
menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan
pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak...
membawa kesan juga pada orang sebelah
menyebelah. Kadang-kadang teman wanita
menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga
dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka
juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan
duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri
mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab
meludah atau membuang kahak merata-rata.
Yarkkk!!!
Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai
baju yang sama berulang kali, tidak memakai
deodarant dan macam-macam lagi sampaikan
badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar.
Tidakkah mereka ini terasa segan apabila
menyedari badan sudah berbau?? Entahlah...
hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja
yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh.
Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat
teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi
mereka tidak sedar cara mereka makan yang
gelojoh juga melemaskan kaum wanita.
Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita
patutlah makan dengan bersopan. Buat apa
terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata
hendak bermain bola sepak ataupun menonton
WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu
mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal.
Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja
memberi alasan hinggakan masa bersama teman
wanita tiada langsung semata-mata untuk
menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa
guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau
ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat
mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita
dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai
kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan
menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu
hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah
berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah
dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai
perasaan atau pun perbuatan kekasihnya.
Ada
pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu
walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-
bolehnya mahu si dia terang-terangan
menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau
setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu,
alamatnya mereka akan berpura-pura tidak
menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala,
tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas
apa yang
cuba dilakukannya terhadap anda seperti
memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya
ucapkanlah terima kasih setiap kali dia
cuba
berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan
kenyataan walaupun ternyata sememangnya
merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit
ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai
alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari
kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar
menyintai pasangan anda, perkara begini
seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya
sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda
suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai
menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!
Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak.
hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap,
mahu lebih gentleman, berketrampilan dan
hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu
menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan
ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan
diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak
membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda
rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita
tersebut anda tidaklah semacho yang
disangkakan, tak guna juga!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...