Tips Untuk Berkenalan Rapat Dengan Seseorang

Tips ini saya rasa khusus untuk lelaki je kot sebab mesti la lelaki yang nak tackle perempuan kan? Takkan la perempuan nak tackle lelaki kan… Tetapi, ade je perempuan yang nak tackle lelaki. Saya kenal perempuan tu. Bukan Mrs Teddy ok… Orang lain… Kawan saya… Ada la… ;))
Di sini, saya ingin berkongsi dengan para jejaka sekalian bagaimana caranya untuk kita mendekati dengan sesorang gadis yang kita ingin berkenalan. Atau dalam kata yang lain, nak ber’kapel. Kalau korang ada tips yang lain, boleh la berkongsi sama dekat ruangan komen tu. Sama-sama kita tolong antara satu sama lain.

Jangan Terburu-buru…

Kebanyakan yang saya jumpa, ramai yang terburu-buru bila dia dah syok pada seseorang perempuan. Kalau boleh, masa tu la dia nak no phone, masa tu la dia nak mesej-mesej, masa tu la dia nak tanya macam-macam.
Rileks… Bertenang… Jangan kelam-kabut. Kita mesti cool… Kalau nak mintak no phone pun ada cara dia. Jangan main terjah terus. Perkenalkan diri dulu dan bagitau niat kita nak berkenalan.
Kalau dia sombong atau tak nak layan tu, maksudnya, dia sudah berpunya atau dia ada masalah lain yang dia tidak dapat nak terima kita.

Be Gentleman…

Yup! Be gentleman… Tunjukkan siapa diri kita. Kita lelaki, dan dia perempuan. Sudah pasti kita lagi kuat dari mereka. Sekiranya kita tengok dia perlukan bantuan, berikanlah pertolongan. Offerkan diri kita untuk tolong dia. Takkan nak tunggu si dia yang panggil kot. Tu ngada-ngada namanya…

Usik-usik la sikit…

Kadang-kadang kita perlu menggatai sikit… Puji la pasal tudung baru dia ke, kasut baru dia ke, make-up dia ke… Puji je apa-apa yang patut. Saja nak mengusik dia. Biar dia tersenyum malu gitu…
Kalau takde idea nak usik dia, cuba ceritakan something yang kelakar atau kisah kehidupan awak. Mesti dia tertarik untuk ambil tahu. Lagi-lagi kalau tambah adengan yang suspen siap ada ‘to be continued’ macam tu. Confirm dia akan tertanya-tanya dan suruh kita cerita lagi.

Mulut kena manis…

Kebanyakan lelaki kantoi dekat sini. Mereka tak tahu nak cerita pasal apa bila bertemu dengan perempuan. Bila terserempak je, mula la lidah kelu, otak jammed. Semuanya tak jalan.
Dekat sini kita kena pandai mencari idea untuk mulakan perbualan. Takkan nak dua-dua senyap membisu je. Dia pun akan berasa bosan nanti. Jadi, kita kena kreatif dalam berbicara. Lihat sekeliling dan ceritakan apa yang berlaku pada ketika itu.
Kalau masa tu korang dekat taman permainan, cakap la, “E…pandainya kontraktor ni buat buaian kan? Siap kaler biru lagi. Mesti masa kecik-kecik dia suka main buaian kan? Awak masa kecik-kecik suka main buaian tak?” Walaupun ianya tidak seberapa menarik, tetapi atleast dari situ kita akan mewujudkan daya untuk berbual.

Biar dia rindu…

Ha…ni tips yang menarik. Biar dia rindu pada kita. Bagaimana nak buat tu? Semasa korang asyik berSMS, cuba ambil satu masa atau satu hari tu, korang tak SMS dia langsung. Cuba lihat reaksi dia.
Adakah si dia akan SMS korang atau dia pun senyap je. Kalau dia SMS, maksudnya, bagus la tu. Mesti dia tengah sunyi dan rindu pada korang. Tetapi…kalau dia pun tak SMS, bahaya gak la. Maksudnya, kita hanyalah seorang insan yang biasa di hati dia lagi. Kena banyakkan usaha lagi.
Jadi…begitulah serba sedikit tips yang saya dapat kongsikan untuk artikel kali ini. Bagi kepada jejaka-jejaka di luar sana yang ada tips yang lagi bagus lagi, sila la berkongsi dengan kitorang semua. Boleh kita bantu rakan-rakan kita yang nak approch girl nanti. :D

Tips menjadi Doktor Cinta !!

Adakah anda mempunyai cita-cita untuk menjadi doktor cinta?? Jika ya, anda tak perlu bersusah payah masuk ke alam perubatan atau alam psikologi. Anda cuma perlu yakin pada diri dan mengikut tips yang cik admin beri kat bawah tu.

Apa yang penting, anda perlu memahami lima tips utama ini untuk menjadi seorang yang pakar dalam percintaan. Tak percaya ker?? haa.. Ikut 5 tip di bawah tu.. Pasti boleh punya.. huhu..

1. Banyakkan membaca
Anda perlu banyak membaca. Baca sebanyak mungkin buku, artikel atau ebook berkenaan perhubungan dan percintaan. Dapatkan segala ilmu-ilmu yang perlu anda tahu dalam bab bercinta ini. Membaca jambatan ilmu tapi admin nasihatkan cari buku-buku cinta yang serasi dengan anda. Betulkan?
 
2. Mendengar masalah
Daripada masalah orang, anda akan belajar masalah-masalah yang sering dihadapi orang lain. Secara tidak langsung, anda akan dapat memahami corak masalah yang berlaku dalam percintaan dan anda akan dapat selesaikannya daripada ilmu yang anda peroleh dari hasil pembacaan anda tadi.

3. Pelajari daripada orang lain
Anda juga boleh ikuti seminar-seminar dalam membentuk perhubungan atau percintaan yang sering diadakan di sekeliling anda. Atau pun anda boleh belajar daripada pengalaman rakan-rakan anda dalam menyelesaikan masalah mereka dalam percintaan. Forum tentang cinta merupakan platform mudah untuk anda pelajari daripada orang lain.


4. Fahami pasangan anda
Fahami sikap dan perbezaan pasangan anda. Pasangan anda merupakan pelengkap hidup anda. Dengan memahami perbezaan sifat lelaki dan perempuan, anda akan lebih mudah untuk tackle sebarang masalah dalam perhubungan. Bukan itu saja, mereka juga akan nampak anda seorang yang sangat memahami.

5. Pengalaman
Memang tidak dapat dinafikan lagi. Pengalaman merupakan guru yang terbaik untuk anda. Daripada pengalaman itulah yang akan membuatkan anda menjadi lebih matang dan bersedia untuk menjadi seorang Doktor Cinta. Pastikan anda mempelajari sesuatu daripada ‘guru’ pengalaman anda. Kalau tak, rugi!
Adakah anda mempunyai tips-tips lain untuk menjadi seorang Doktor Cinta? Kongsikan bersama kami di sini dalam ruangan komen di bawah.

Tip-tips untuk Meluahkan Perasaan CintA




Rancang dengan Matang - Kalian perlu strategi dan latihan dalam segala aspek apabila mahu mengatakan cinta pada si dia.Untuk mengungkapkan cinta tidak boleh sebarangan, sebaliknya lihat tempat dan waktu yang sesuai. Jangan seberbuat demikian ketika dia ada tetamu.

Kenali si Dia dengan Lebih Dekat - Hal ini penting supaya kalian tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin kalian akan diterima, jangan ragu-ragu ya.

Ungkapkan Cinta dengan Sesuatu - Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya. Jika kalian itu lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika kalian pulak perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.


Cari Waktu dan Tempat Romantis -
Waktu paling tepat untuk mengatakan cinta ialah ketika saat terluang atau hari bersantai. Pilih tempat yang romantis.

Ungkapkan Cinta secara Langsung - Si dia akan lebih menghargai jika kalian berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel.

Jika Berani, Ungkapkan Cinta di Depan Orang Ramai - Ini hanya berlaku untuk mereka yang bermuka tebal atau muka tembok saja.Kalian ada berani?? hahaha

Siapkan Mental - Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau berpeluh ketika mengucapkan kata cinta.[heheee]

Doa sebelum Mengungkapkan Cinta - Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh. Dengan berdoa, rancangan kalian untuk meluahkan lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan kalian harus pasrah atau reda.

Sikap LELAKI Yg Tidak Disukai Perempuan

 
1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho'
tapi kalau nak meninggikan suara sekadar
menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara
kelemahan lelaki kerana mereka mudah
meninggikan suara walaupun pasangannya tidak
bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar.
Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk
setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar
tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata
keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan
seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar.
Walaupun

sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli.
Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci
mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik
abang!
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol.
Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak
berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar
ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah
tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu.
Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya
aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih
mereka... macammana tu?
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan
merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki
memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya
lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk
mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan
si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai
kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah
memimpin kaum wanita. Tidak salah
mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada
tempatnya.
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu
ataupun memberikan alasan yang tak munasabah.
Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan
yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat
dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan
melaksanakan janji mereka sendiri.
Ada juga yang
sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-
teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita
lebih menghormati mereka yang memiliki sifat
berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-
dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua
gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya
jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan
menarik dan mempunyai wajah yang hensem.
Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki
idaman para wanita. Tapi, mungkin pada
pandangan seorang wanita mereka ini sederhana
sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih.
Bukan semua wanita memandang pada paras
rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada
wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...
hahaha sedarlah!

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri
sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah
dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa
mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga
suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang
hendak mementingkan perasaan kekasih... egolah
katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita
ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan
kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa
jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan
dengan dirinya sendiri, pantas pula
melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita,
alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian.
Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan
minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah
sekadar pasangannya mengambil tahu akan
dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita
itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau
cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja
cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya
lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya
terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus
diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya
kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka
apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-
olah teman lelakinya amat menghargai dirinya.
Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak
layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau
pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah
nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan
yang adakalanya tidak logik diterima dek akal
fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita
sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang
mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa
macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu
komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat
memberi banyak alasan kerja apabila diajak
keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita
tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja
yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki
mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah
membahagikan masa bersama teman wanita.
Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa
menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan
kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami
kalau teman lelakinya pandai membahagikan
masa...

13. PANAS BARAN

Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia
terhadap seseorang gadis apabila mendapat
kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit,
mahu dihambur segala kemarahannya.
Ada juga
kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap
menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking
boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan
tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau
nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan
dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah
bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan
kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana
setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-
pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal
sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan
wanita. Asyik berasap
sana sini, naik lemas
dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari
adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan
duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga,
ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak
menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan
pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak...
membawa kesan juga pada orang sebelah
menyebelah. Kadang-kadang teman wanita
menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga
dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka
juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan
duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri
mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab
meludah atau membuang kahak merata-rata.
Yarkkk!!!
Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai
baju yang sama berulang kali, tidak memakai
deodarant dan macam-macam lagi sampaikan
badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar.
Tidakkah mereka ini terasa segan apabila
menyedari badan sudah berbau?? Entahlah...
hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja
yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh.
Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat
teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi
mereka tidak sedar cara mereka makan yang
gelojoh juga melemaskan kaum wanita.
Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita
patutlah makan dengan bersopan. Buat apa
terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata
hendak bermain bola sepak ataupun menonton
WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu
mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal.
Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja
memberi alasan hinggakan masa bersama teman
wanita tiada langsung semata-mata untuk
menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa
guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau
ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat
mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita
dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai
kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan
menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu
hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah
berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah
dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai
perasaan atau pun perbuatan kekasihnya.
Ada
pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu
walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-
bolehnya mahu si dia terang-terangan
menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau
setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu,
alamatnya mereka akan berpura-pura tidak
menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala,
tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas
apa yang
cuba dilakukannya terhadap anda seperti
memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya
ucapkanlah terima kasih setiap kali dia
cuba
berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan
kenyataan walaupun ternyata sememangnya
merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit
ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai
alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari
kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar
menyintai pasangan anda, perkara begini
seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya
sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda
suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai
menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!
Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak.
hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap,
mahu lebih gentleman, berketrampilan dan
hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu
menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan
ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan
diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak
membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda
rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita
tersebut anda tidaklah semacho yang
disangkakan, tak guna juga!

8 Sikap Wanita Disukai Lelaki

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.


4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

Rahsia Cinta Melalui Cara Makan

Sewaktu kamu makan, pernahkan kamu makan dengan kawan-kawan, kekasih atau orang lain? Adakah kamu hanya makan kemudian tidak sedar atau tidak tengok gaya teman makan kamu itu? Tidak pernahkah terdetik di hati kamu, " Ya tuhanku... macam mane ko makan ni?? ", " Ish, meluat aku tengok kau makan ", " Wah, hebat la cara dia makan, bertebangan semua sayur-mayur ...", tidak pun yang positif sedikit, " Menariknya dia makan, ala- ala alabama rupanya...", " Fuiyooo!!! Nasi putih kicap masin dowh!!! " dan terakhir sekali, " ????????(blur) ..... erk.. kenyang dah...". Pernahkah benda-benda atau pemikiran yang bukan-bukan macam ini terlintas kat otak kamu? Semua pernah!! Tapi macam mana pulak cara kamu makan? Haa, kita teknik rahsia di sebalik cara makan kat bawah nie.... silakan... hehehe!


1.Makan dengan tenang
Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun disebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

2.Asyik belek makanan
Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yangdilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

3.Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

4.Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badanlah pulak!

5.Makan sambil tengok masa
Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih panjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

6. Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!

20 tanda LELAKI Serius ketika Bercinta

1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.

2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.

4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.


6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.

13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.

19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Tanda lelaki sayang..!

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Just talk for your LOVE!

Ingat lagi tak filem Seniman Bujang Lapok? Dimana director Ahmad Nisfu geram sambil menyuruh P.Ramlee, “…cakap…cakap” – tapi si P.Ramlee diam je tak cakap-cakap haha… alasannya? “Macamana saya nak cakap, tuan director suruh saya actions, tak suruh saya cakap!”

Kelakar giler hehehe… tapi dari sini juga we can learn something, which is ‘COMMUNICATIONS’ - yaa beb, komunikasi amat penting di dalam pekerjaan, dalam perniagaan, kehidupan seharian dan tentu saja amat penting di dalam perhubungan.

Kalau communications breakdown - Komunikasi terputus, hancur, maka perhubungan pun tak kemana, kebahagiaan tidak akan tercapai! – Ramai yang bertanya bagaimana nak buat supaya perhubungan itu selamat dan saling faham memahami?
The answers is… cakap…cakap…cakap!


1. Benda yang paling simple orang tanya, “Macamana nak buat supaya dia tahu kita suka kat dia?”
Jawapan : CAKAP JE LAH .. nak buat macamana lagi laaa agak-agaknya ya?
Penjelasan : Ramai di antara kita suka memikirkan berbagai perkara dengan cara melampau banyak sangat. Berfikir itu bagus, tetapi jika terlalu sangat ianya tidak menguntungkan kerana, sesuatu yang kita ingin tahu itu ada lebih baik kita ALAMINYA sendiri, barulah kita akan lebih mengetahui. Jadi di dalam soal meluahkan perasaan ni, apa yang perlu kita lakukan adalah… LUAHKAN, CAKAPKAN isi hati kita…that’s all… jangan merasa malu jika ditolak… itu sudah adat, BUT at least kita tahu, daripada duk tertanya-tanya tu.

2. Bagaimana nak buat pasangan faham apa yang saya suka, benci, menyampah atau sesuatu yang saya tak suka atau apa-apa saja, sebab dia ni susah faham?
Jawapan : CAKAP JE LAH… nak buat bagaimana lagi?
Penjelasan : Susah faham atau tidak mengerti biasa terjadi di dalam perhubungan. Tugas anda adalah buat dia faham. Cakap perlahan-lahan pada dia, jelaskan kedudukan atau beritahu satu persatu dan buat dia faham. Jika dia masih juga tak faham…kena KEEP ON TELLING. Kalau tak cakap… tak tahu, dan takkan faham punya. JANGAN suka anggap orang faham apa yang anda fikirkan. – Bukan semua orang begitu. -Memang best dapat pasangan yang tak perlu cakap pun dia faham… tetapi, kan Allah buat manusia ni serba kekurangan… ianya untuk kita belajar sabar dan saling ingin kenal mengenali…faham memahami… basically, pasangan begitulah yang patut anda miliki, yang mahu belajar bersama.

3. Macamana ya saya dah cakap kat dia, saya suka dia tapi dia macam buat endah tak endah je, macam dia ingat saya main-main je, apa perlu saya buat?
Jawapan : CAKAP LAGI… cakap sampai dia anggap anda serius.
Penjelasan : Sesetengah orang ada ego dia, sesetengah orang pula hanya mahu faham apa yang dia mahu faham. Orang cakap dia tak nak dengar. Apa yang perlu anda buat, cakap pada dia, DENGAR apa yang anda mahu cakap! – Bagi dia terkejut sikit.

4. Dia selalu hilang dan jarang-jarang sangat dia hubungi saya. Saya confused. Dulu bila saya tanya dia, dia cakap dia masih sayang saya dan minta saya jangan fikir yang bukan-bukan, tapi dia macam ada tapi selalu tak ada je macamana ni?
Jawapan : Sudahkah anda CAKAP kan situasi ini pada dia? Sudahkah anda CAKAP perasaan anda padanya? Jika sudah cakap, tapi masih sama… CAKAP LAGI!
Penjelasan : Sekiranya dia masi mancintai anda, dia takkan dia mahu tak berhubung dengan anda walaupun seketika. Dia akan keresahan, kegelisahan kerana ingin berhubung. Kalau kita cakap-cakap dan cakap tak berubah-ubah juga tu, maknanya… dia dah tak cinta la tu. - Masa untuk cari lain lah tu, tak perlu nak confused lagi, tak perlu takut… setiap perhubungan mesti ada kekurangan, kelemahan…tetapi lebih baik bersama yang betul-betul mahu sentiasa berhubung, itu barulah cinta!

5. Bagaimana nak tahu dia sayang atau suka kat kita ye?
Jawapan : DIA AKAN CAKAP LAH KAN?
Penjelasan : Sekiranya dia tak cakap samada dia suka atau minat atau nak pada anda, itu bermaknanya apa? Tak cakap tu maknanya dia tak bersungguh sangat lah… adakah kita mahu bersama dengan orang yang tiada kesungguhan walau dia malu nak cakap atau dia mahukan kita sekali pun? …Kita mahukan orang yang rela berkorban demi kita, benar-benar mahukan kita, betul tak?

So, LIMA CONTOH situasi yang berbeza ini, kesemuanya hanya perlukan komunikasi yang seimbang! Maksudnya, kalau tak cakap tak tahu… bila cakap baru tahu…

Straight forward je benda ni, jangan jadikan ia terlalu complicated sangat sampai tak tahu nak buat apa sampai blur nak pikirkannya… benda simple je…. cakap…cakap…CAKAP… bila dah cakap tu baru terjelas semuanya, barulah dapat diluahkan, jadi mesti tahu punya… tak cakap tak tahu.

Rasa malu, segan, risau, takut itu ini semua tu tolak tepi yang penting maklumat terkini tu perlu dicakapkan dulu, suka, benci, tak suka, tak benci, kasih, sayang cinta, whatever… semua tu, kalau nak disampaikan, CAKAP JE…that ‘s it! JUST TALK! :)

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu


Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu adalah satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.


8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaanmu.

21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

25. “Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

30 Tanda Jatuh Cinta


Rasa jatuh cinta sukar digambarkan mahu pun diucapkan dengan kata-kata. Siapa yang jatuh cinta akan sentiasa diusik perasaan. Semua menjadi indah dan membahagiakan. Namun mengalami cinta umpama bermain api. Jika tahu mengendalikannya, selamat diri. Jika tidak, terbakar hangus dan merana diri. Remaja dan belia bahkan yang sudah berumahtangga pun akan mengalami cinta. Semuanya kerana cinta tidak mengenal usia dan latar belakang. Cinta boleh terjadi bila-bila masa. Jadi bagaimana mengenali bila dan bagaimana seseorang itu dihinggapi rasa cinta? Cuba semak 30 tanda jatuh cinta di bawah ini supaya dapat melengkapi diri sebelum menghadapi atau menangkisnya. Terpulang sama ada mahu teruskan pemburuan cinta, mengalami percintaan atau menghindari cinta. Asalkan anda bahagia.

1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan menggeabah apabila dia menghampiri anda.

3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.

4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.
6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.

7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.

8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.

9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.

10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.

11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.

12. Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat untuk datang ke pejabat malah datang lebih awal lagi. Anda harapkan ada peluang anda berbual berdua dengannya atau sarapan pagi bersama di kantin.

13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin men ingkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.

14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.

15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.

16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.

17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.

18. Sentiasa kata ‘Ya’
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.

19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.

20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.

21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.

22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.

23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia.

24. Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.

25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.

26. Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.

27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendukung percakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan. Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.

28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa seba gai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.

29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.

30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.

10 Tips Mudah Pikat Perempuan

Disini ada beberapa cara yang saya ringkaskan bagi seseorang lelaki untuk nak pikat hati wanita..

1)Perhatian
-wanita paling suka mendapat perhatian.


2)Ucapkan sesuatu yang membahagiakan
-contohnya; ucapan "awak ni cute la". Ada lain2 lagi,lu pk la sndri ekk.

3)Beri kejutan
-kejutan disini bermaksud si jejaka buat suprise kepada si gadis.
Contohnya;beri hadiah.dll

4)Menghulur bantuan
-dikala seseorang wanita tu dalam kesusahan hulurkan bantuan. dengan ini
dapat menarik hatinya terhadap si jejaka.

5)Pujuk & belai
-wanita ni paling suka bila dipujuk. kalau seseorang wanita tu merajuk ke
ape ke,jangan segan untuk memujuk.

6)Puji-pujian
-kaum hawa ni,kalau lelaki puji gerenti cayaq. so, banyak2 la beri pujian
terhadap si gadis yang anda suka.

7)Peka & memahami
-kalau anda mahu mencuri hati si gadis impian anda. anda perlu peka dan
memahami setiap riaksi si gadis tersebut.

8)Panggilan manja
-seperti anda semua ketahui,perempuan suka sangat dimanjai.

9)Prihatin tentang tarikh penting
-si jejaka yang nak curi hari si gadis perlu sesangat prihatin ngan tarikh
penting.contohnya; hari lahir si gadis,tarikh korang declare couple.

10)Hiasan
-hiasan yang dimaksudkan disini adalah "bunga". si lelaki perlu arif tentang
bunga agar dapat mencuri hati si gadis. (bunga apa yang disukai si gadis)

50 Tips Rahsia Pikat Hati Lelaki Idaman





Bila sebut tips memikat, mulalah ramai yang nak baca. Mana tidaknya, ramai yang salah teknik bila tiba masa memikat. Kalau dulu, memang sikit jumlah perempuan yang cantik-cantik, jadi yang tidak berjaya itu, kira ambil sahaja yang mana ada.




Tapi zaman sekarang, semakin banyak wanita berbanding lelaki. Semakin banyak wanita cantik-cantik, sehinggakan banyak pilihan untuk lelaki. Semakin banyak jugalah cabaran dan persaingan antara wanita untuk merebut jejaka tampan dan pilihan yang tepat untuk dirinya. Jangan risau, saya telah sediakan 50 tips anggun untuk wanita memikat hati lelaki tapi jangan salah guna untuk menggoda kerana wang. Tapi pikatlah dengan seikhlas yang mungkin. Nescaya, si Dia akan memandang kamu.






1.  Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2.  Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3.  Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4.  Jujur dan sentiasa merendah diri.
5.  Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6.  Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7.  Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8.  Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9.  Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk plan pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.








14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan dia dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Manja!
29. Jangan terlalu excited ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap kelakian dan ganas dalam pergaulan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan perfect.
32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Manusia Hidup Kerana Cinta



Cinta adalah salah satu perkara ajaib dalam hidup. Setiap yang mempunyai roh khususnya insan dahagakan cinta. Manusia hidup dengan cinta. Hidup membela cinta. Bahagia kerana cinta. Derita kerana cinta. Bahkan sanggup mati kerana cinta. Segala perjuangan atau episod hidup yang diselit unsur cinta mempunyai rasa dan warna yang tersendiri.



Derita kerana cinta ada kelazatannya yang luar biasa. Sakit kerana cinta ada rasa yang berbeza. Gembira meraikan cinta tidak sama dengan gembira biasa. Korban cinta, indah pada cerita dan rasa. Fenomena itu muncul dalam kehidupan dan memberikan nilai dan rencah yang pelbagai rupa, warna dan rasa.



Sesiapa yang memusuhi dan memungkiri cinta dia merupakan pemilik jiwa kontang yang kering dari nilai insani yang sejati. Cinta itu fitrah. Ia satu keperluan. Bahkan mungkin suatu kewajipan ataupun rukun dalam menikmati kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.


Cinta mampu merubah segala yang ada dalam jiwa seorang insan. Telinga, mata dan segala anggota kadang-kala terpaksa tunduk kepada falsafah cinta. Tunduk kepada nilaian cinta. Pahit boleh menjadi manis. Manis boleh menjadi pahit. Indah boleh menjadi buruk. Usang boleh menjadi baru. Hodoh boleh menjadi cantik. Berat boleh menjadi ringan. Susah boleh menjadi senang. Segalanya terbalik dan berubah penilaian dan rasa hanya kerana cinta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...